Sunday, October 31, 2010

Ustazah sanggul tinggi tak elok kan???

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga kesempatan nak menulis dalam blog ni,dah sebulan lebih tak menulis,minta maaf la ye.

Baru-baru ni, k.hanisah naqibahku mengajak pergi ke program motivasi konsultan Aura Imtiyas, konsultan beliau. Macam biasa kalau konsultan ni biasa dikaitkan dengan program-program motivasi, maka jadilah aku fasilitator selama 2 hari satu malam untuk program itu. First time join program motivasi under konsultan k.hanisah. Penasihat konsultan ni ustaz Hasnan pensyarah PPU, aku suka sangat dengan ustaz ni,sebab selalu cerita pasal istimewanya Al-Quran.

Slot pagi : Ada 5 orang fasilitator, aku, afifah, ustaz Mahfuzan, ustaz syihab dan kak hanisah. Kami diperkenalkan kepada para peserta. Hanya 34 orang peserta tingkatan 3 lepasan PMR yang hadir untuk program itu. 8 orang je lelaki,ibarat bahagi 4. Selepas slot memperkenalkan diri, para peserta diminta solat dhuha berjemaah. Seusai solat dhuha, kumpulan diberi kepada 3, 2 kumpulan perempuan, 1 kumpulan lelaki untuk bacaan al-quran. Mula-mula fasilitator dikehendaki check bacaan al-fatihah,sebab al-fatihah kan rukun solat. Alhamdulillah majoriti boleh baca dengan baik. Masuk pulak bacaan As-Sajadah,Al-mulk dan Juz-Amma. Rata-rata bacaan panjang pendek ada lagi yang tak lulus. Aku boleh betulkan bacaan adik-adik ni dengan ilmu yang aku ada jelah. Aku bagi sikit nasihat kat adik-adik ni, buka je mata-mata lepas solat jangan lupa baca al-quran. Kalau boleh setiap hari baca Al-quran, susah nak study buka AQ.

Slot petang : Peserta perempuan dan lelaki diasingkan untuk slot praktikal solat dan penerangan pasal mandi wajib. Mula-mula mestilah kena tahu rukun solat sebelum nak solat. Ada yang hafaz...bila check bacaan tahiyat,ada lagi tak hafaz, qunut apa tah lagi.Adik-adik ni form 3 dah, tapi masih ada yang hafaz.Kesian sangat aku tengok, adik-adik ni tak solat ke??? rata-rata aku tanya semua tak lengkap solat, alasan malas, ngantuk macam-macam la. Sedih memang sedih, ibu ayah mereka tak tekankan ke bab solat ni kat rumah?..Sebelum abis slot, aku bagi tazkirah sikit kat adik-adik ni, ciri-ciri orang berjaya adalah menjaga solat samada rohani atau jasmani (kusyuk dan lengkap 5 solatnya). Kita ambik pengajaran surah Al-mukminin 1-10. Ada sesi soal jawab : "Ustazah, sanggul tinggi tu tak elok kan?",aku pon bagi la hadis ni

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kpd maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak demikian dan demikian"

(Riwayat Muslim)

Selain itu, aku bagi nasihat kat adik-adik ini pasal aurat yang sempurna. Alhamdulillah nampaknya mereka faham. Tapi bila malam menjelma....peserta perempuan pakai baju kurung dan tudung biasa yang majoritinya sanggul ditinggikan. Aku rasa baru je bagitau hadis bonggol unta petang tu. Itu belum lagi yang tudung disingkatkan dan stokin yang tidak dipakai.Istighfar panjang dibuatnya.

Semua tahu hukum tapi belum tentu di ikut hukum yang mereka tahu.
Aku nak salahkan adik-adik ni pun tak boleh juga, mungkin ibu bapa diorang tak terapkan sifat ihsan dalam hati anak-anak. Ihsan ini apa maksudnya? kalau ikut hadis nabi Hadith Nawawi yang kedua dalam link ihsan. Besar pengertian islam, iman dan ihsan dalam hadis ini. Ihsan ialah menganggap apabila beribadah seakan-akan kita melihat Allah, jika kita tidak melihat Allah maka Allah melihat kita.Penerapan ihsan di dalam diri perlu dididik dengan iman. Mana datangnya iman sekiranya kita hanyut dengan kelalaian. Tanamkan rasa bertuhan di dalam diri. Manusia umat ini, tidak merasa perlukan tuhan di dalam diri, hanya menganggap agama itu hanya sebagai tradisi dan turun temurun dari nenek moyang, itu la tak pelik kalau tak di salam pak cik saudara yang bukan muhrim dimarah oleh mak cik, katanya tak sopan, tapi lupa hukum Allah.

Bagaimana mendidik rasa ihsan dalam diri?
Penekanan penjagaan hati sangat penting di dalam islam. Bagaimana nak rasa takut pada Allah sekiranya hatinya kotor dan berasa lebih hebat dari tuhan. Teringat pengisian hati ustaz hasnan kepada para peserta. Ada 5 peringkat dosa, 1 ) berasa bersalah dengan dosa dengan kita lakukan, masih ada iman di dalam diri. 2) Lali dengan dosa yang kita lakukan(rasa dah biasa tak menutup aurat), 3 ) Seronok melakukan dosa (bangga dengan fesyen yang ditayangkan), 4) Pertahankan dosa yang dilakukan(sehingga sanggup memperlekehkan golongan ustaz/ah yang memberi nasihat) dan yang kelima murtad( na'uzubillah). Rawat la hati dengan membaca al-quran, isilah masa dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat, berdampingla dengan orang yang bertakwa dan kena istiqamah dalam merubah diri untuk menjadi lebih baik.

Umat akhir zaman.
Aku pernah sekolah di sekolah elit, pernah sekolah di sekolah biasa. Aku memahami masalah mereka. Tanggungjawab kita sebagai daei yang memahami islam sangat berat pada zaman yang penuh fitnah ini. Para daei tiada masa lagi memikirkan masalah remeh, tetapi kena mencari dan bersama mengubah masyarakat untuk memahami islam yang sebenar. Turun pada masyarakat, mereka sangat dahagakan ilmu dan penerangan mengenai indahnya islam. Berfacebook tidak salah, tetapi jangan menjadikan facebook itu menyebabkan para daei lalai dan leka sehingga lupa peranan sebenar kita sebagai daei. Ayuh para daei bersama mengubah masyarakat kerana kita sayangkan mereka kerana Allah. Umat akhir zaman seperti biasa dengan maksiat, pembunuhan, aurat tidak ditutup, berkhalwat dan bercakap benda yang tidak mendatangkan hasil pada ummah.

Panjang sangat rasanya entry kali ni...setakat ini je kot...slogan aku

"Anda Bijak Jauhi Zina"