Friday, September 21, 2012

Perihal Kerja

Bismillahir rahman rahim...

Ayat biasa pada permulaannya, sudah setahun tidak mengemaskini blog ini, mungkin terlalu menumpukan pada medium mukabuku(fb). Buat pengetahuan semua saya akan mengunakan bahasa melayu tinggi untuk penulisan blog ini..hihi

Pejabat Adun
InsyaAllah tepat 14 Nov 2012 maka cukuplah 2 tahun aku berkerja ni Pejabat Dun Bangi, YB Dr Shafie. Seusai habis ijazah, aku sibuk mencari kerja, satu tujuannya aku mahu duduk tinggal di Bangi dan bergerak kerja di kawasan ini. Aku takut bila balik kampung, peluang bergerak kerja apabila tinggal di kampung akan terbantut. Seorang daei dan ahli harakah, aku harus berusaha mencari pelbagai cara asalkan masih dapat bergerak kerja dengan jemaah islam. Maka di sini Allah campakkan. Banyak pengalaman bertemu dengan masyarakt marhaen mahupun YB-YB yang ternama. Bersyukur sangat dapat bekerja dengan pemimpin yang mementingkan kebajikan rakyatnya. Aku salute dengan mereka semua...tiada istilah kronisme atau rasuah.

Persepsi keluarga
Mahu atau tidak mahu, memang aku tak dapat nak elak persepsi keluarga mengenai kerja aku sebagai kerani di pejabat Adun. Yela, belajar tinggi-tinggi kerja sebagai kerani sahaja. Aku tak hiraukan semua persepsi, 8.30pg-5.30 petang aku berkerja di pejabat, malam menjelma aku bertukar menjadi penyelia tuisyen dan ustazah mengajar Al-Quran. Alhamdulillah gaji aku sama macam gaji seorang graduan ijazah. Sibuk macamana pun aku bekerja, aku akan pastikan pengisian rohani tidak tinggal, kuliah ilmu 2-3 kali pasti aku tadah. Leka dengan dunia itu sangat bahaya. Menjenguk mak ayah dan memberi sedikit duit gaji pada mereka itu satu ibadah yang wajib bagi seorang anak. Abang dan kakaku tak banyak bunyi, dia tahu adik dia boleh berdikari

Bisnes dan Keperluan
Kancil putih insyaAllah bulan Disember 2012 aku habis bayar pada abang yang baik hati, dengan harga jualan RM6500, deposit RM3000 dan duit bayaran bulanan RM250. Syukur pada Allah yang melimpahkan rezeki. Semenjak dari matrik aku sudah mula berniaga, keluarga semua yang kaki bisnes. Perancangan kewangan kena ada kalau bermimpi nak dapat henpon canggih laptop dell, baju cantik dan kasut tahan lama. Setiap  gadjet atau barang yang aku nak sangat sebagai keperluan, aku akan letakkan target berapa untung berniaga untuk beli barang-barang tersebut. Barang yang paling obses setiap kali membeli ialah buku, wajib satu bulan 1 atau 2 buah buku dibeli untuk baca. Rak buku di rumah sewa untuk buku aku ada 2( banyak tak habis baca lagi). Kadang-kadang sanggup beli secara online untuk dapatkan buku tersebut. Laptop Dell yang aku guna sekarang hadiah dari kakak dewan muslimat kat sini,(semoga Allah melapangkan rezeki kakak tu).

Kerja Baru
Segala Puji bagi Allah, 2 minggu lepas baru ditemuduga untuk jawatan guru kimia di sekolah tahfiz swasta, seksyen 9. InsyaAllah kata penemuduga boleh dapat dan bagi jawapan secepat mungkin(doakan saya kalian). Mahu menimba ilmu baru, itulah tujuan aku bertukar kerja. Masa muda jika hanya bermain fb dan membuang masa menghadap laptop, baik aku bertukar kerja. Rugi kiranya idealisme, ilmu dan pengalaman berorganisasi di alam kampus tidak digunakan sebaik mungkin. Kerja baru ini medan mencari redha Allah.
Jangan Bazirkan masa muda kita, gunakan semaksimum yang mungkin untuk ummah. Semoga Allah mendatangkan kecintaan lebih mendalam  pada Al-Quran bila mengajar di sini

Dilema wanita
Fresh graduan muslimat seringkali dilanda dilema 2K (Kerja dan Kahwin), tidak boleh lari. Jodoh itu rahsia Allah, bila tiba masa dan orangnnya Allah akan hantarkan seorang pendamping dunia dan akhirat pada kita. Kata orang bila muslimat dah berkahwin sudah tidak perlu bekerja terlalu keras kerana tumpuannya pada rumah tangga. Kerja biasa-biasa pun tidak mengapa. Lain pula orang bujang macam aku, kerja kena kuat dan bagus baru boleh survive dalam dunia ni. Doakan sahaja untuk aku teman.

Impian
Tidak mahu terlalu mencoret bermacam-macam impian, ada orang rimas mendengar impian-impian kita, katanya banyak sangat impian tapi tiada yang tercapai. Endah kan la kata-kata orang, tujuan aku berkongsi impian supaya menjadi peringatan pada telinga, jangan hanya bercakap tapi kena laksanakan. Mana tahu orang yang mendengar impian mendapat idea untuk mencipta impian yang sama atau lebi kurang..

Cukup itu je kot dalam mencoretkan idea dan luahan

Sebagai peringatan untuk aku "Hidup ini terlalu pendek untuk kamu bersedih"-pesan abi

Wednesday, June 8, 2011

"Aku Masih Anak Kampung"

“Lina!, Abang pergi dulu ye,takut lama pulak Pak Mat tunggu abang” jerit Hassan pada isterinya, bergegas berjalan menuju jeti,tempat berjanji bertemu Pak Mat. “Kejap bang!” cepat Lina mengejar Hassan untuk menyalami suaminya,dia tidak mahu membiarkan suaminya pergi tanpa melihatnya. “Jaga rumah elok-elok ye,kalau ada apa-apa telefon abang,okla abang pergi dulu,assalamualaikum”. Mata Lina menyoroti langkah suami tercinta.

“Seronok petang-petang ni duduk atas pondok, terasa nyaman udara petang”.
Itula kebiasan Lina, setelah penat menguruskan rumah dan perniagaan kecil-kecilan menyulam tudung di rumah, dia mengambil angin di luar. Perniagaan tudungnya semakin hari semakin berkembang, ramai yang membuat tempahan sulaman padanya. Semua orang mengetahui hasil kerja Lina memang kemas,harga pun berpatutan. Dari segi pengurusan perniagaan Lina memang terbaik di kampong itu.

“SubhanaAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar….syukur dengan nikmat tuhan” sambil berzikir dia mengusap perutnya yang berisi. Kini genap 6 bulan anak yang dikandungnya. Tempoh hari, Lina dan Hassan membuat pemeriksaan kandungannya, doktor kata anak lelaki. Sungguh gembira pasangan, pertama kali bakal menimbang anak. Tidak sabar mereka menunggu mujahid kecil ini lahir ke dunia.

“Salahuddin, tak lama lagi akan lahir,akan melihat dunia yang penuh warna-warni. Sebelum lahir,umi nak cerita bagaimana keadaan dunia pada Salahuddin. Dunia ini ibarat syurga bagi kaum musyrikin dan penjara bagi orang muslim. Bila lahir nanti, adik kena sabar,tabah dengan dugaan dunia. Indahnya dunia ini bila kita berjuang kerana agama Allah. Bersama para mujahid menegakkan keadilan dan menjadikan bumi ini sejahtera. Umi teringat kisah al-Khansa, keempat-empat anaknya disuruhnya berjihad,beliau gembira dengan apabila anaknya syahid, akan ditarik orang-orang yang paling dekat dengan masuk ke syurga. Seronok kan???. Ibu-ibu Palestin tidak kisah anak-anaknya berjuang menentang Yahudi walaupun dengan balingan batu kecil,mereka gembira,kerana anaknnya akan masuk syurga sebagai syuhada’. Bagaimana pula dengan umi??? Adakah umi sanggup melihat anak umi ini berjihad di jalan Allah selepas dilahirkan???.InsyaAllah,umi cuba menjadi seperti mereka.” Dialog Lina dengan anaknya penuh dengan nasihat dan gambaran dunia yang sebenar.

Sambil merenung jauh ke petak padi yang semakin tumbuh menguning, kepalanya berat memikirkan masalah-masalah ummah dan isu-isu semasa.Hidup di kampung bukan alasan untuk tidak mengetahui isu di luar. Rumahnya 24 jam jaringan internet dibuka, mereka berdua tidak mahu ketinggalan walaupun seinci perkara yang berlaku di dunia. Kes-kes sosial sudah terlalu membarah di Malaysia ini, rata-rata budak-budak remaja hilang dara dan pelbagai lagi masalah yang dilakukan. Benar firman Allah
“Jangan kau hampiri zina” surah Al-Ahzab
Allah menegah kita pada awal-awal lagi,”jangan hampiri”..apabila kita hampiri,kita akan terjerumus dalam zina.

Kenaikan tariff elektrik 7% membebankan rakyat, lebih-lebih lagi kerajaan telah menarik subsidi dengan alasan rakyat “candu subsidi”, sedangkan subsidi yang ditarik diberi pada syarikat-syarikat kroni, IPP.

“ Aku merasai kesusahan rakyat miskin, kenaikan gaji hanya 2.6 % berbanding kenaikan tariff elektrik dan harga petrol tidak berbaloi untuk menampung perbelanjaan harian. Aku mungkin belum merasainya seteruk mereka, mereka terpaksa menampung anak-anak yang ramai, makanan dan pakaian yang perlu diganti. Bagaimana gajinya hanya Rm700-RM800 duduk di bandar-bandar besar, mampukah menanggung anak dan isteri???. Sungguh zalim, pak-pak menteri senang-lenang melancong menggunakan duit kerajaan, makan dan minum mewah-mewah,rakyat melarat kelaparan akibat kemiskinan, Ya Allah kuatkan hati-hati orang beriman dalam menghadapi dugaan ini” Lina berdoa sambil mengalir air mata mengenang nasib ibu-ibu tunggal, anak yatim-piatu. Sesudah doa, dilapnya air mata dengan hujung tudung,hatinya sebak

“Lina, kenapa nangis ni, abang baru keluar sekejap takkan nak menangis kot?” gurau Hassan pada isterinya.
“Eh! Abang dah balik,sekejapnya jumpa Pak Mat.” Terkejut Lina ditegur suaminnya
“Abang jumpa Pak Mat nak bincang pasal projek baru padi ni, insyaAllah tak lama rezeki kita bertambah baik, ada syarikat besar mahu menjadikan padi kita produk mereka. Abang tanya tadi, kenapa Lina nangis?”
“Takde apa la bang, cuma bila fikir kenaikan tarif elektrik semakin naik ni, teringat nasib orang-orang miskin tegar,entah ada lampu lagi tak selepas ni kat rumah mereka” tenang Lina menerangkan perkara yang terbuku di hati.

Hassan mengambil tempat duduk di sebelah tempat duduk Lina. “Begitula Lina, kalau duduk di bawah pemrintah yang tak amalkan islam, macam ni la jadi nya. Kita kena kerja kuat, kita kena fahamkan masyarakat pasal kezaliman yang berlaku, mahu atau tidak terpaksa kita tumbangkan pemerintah macam ni. Tak lama lagi Abang akan hired anak-anak muda yang selalu lepak warung kedai kopi Pak Seman, boleh bantu diorang cari duit dari membuang masa, insyaAllah kita boleh bentuk diorang jadi kader-kader islam, mereka masih boleh lagi dibentuk” hasrat murni Hassan dikongsi bersama dengan isterinya. Melihat dan membentuk golongan muda di kampungnya memahami perjuangan islam adalah salah satu impian yang besar baginya.

“SubhanaAllah, bagus sungguh idea abang tu, Lina sokong 200%” Lina menyambut ceria idea suaminya sambil membetulkan tudungnya yang ditiup angin yang mendamaikan.
“ Matahari dah nak tenggelam tu, jom masuk,dah nak maghrib ni banyak syaitan berkeliaran,tak baik untuk anak dan isteri abang” Hassan menarik manja tangan Lina untuk masuk ke rumah.
“Baiklah, jom masuk, malam ni saya pulak ada usrah dengan Muslimat Kawasan, abang tolong hantarkan ye” Lina berusaha bangkit dari tempat duduknya, dia tidak mampu membawa badan yang sarat itu.
“InsyaAllah, bolehla anak abi dengar sekali usrah malam ni ye”

Matahari mula tenggelam meninggalkan warna jingga yang cantik sebagai sinaran. Langit ini menyaksikan dua insane yang tidak pernah leka dengan dunia semata. Umat Islam yang baik adalah umat islam mengambil berat atas umat yang lain.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Cerpen ini sambungan dari cerpen “Aku Anak Kampung”


Wednesday, May 18, 2011

Sharpen The Saw

بسم الله الرحمن الرحيم

Senja itu makin berlabuh untuk ke malam
Aku masih tidak berganjak memandang matahari cantik terbenam
Matahari itu sungguh cantik,warna jingga yang terselah
Burung terbang berkumpulan pulang menghambat malam
Di tepi pantai yang menyimpan pelbagai rahsia
Pantai ini mendengar segala luahan suka dan dukaku
Keputusan UPSR,PMR dan SPM bahkan pointer matrik
Rasanya sudah lama aku tidak menjejak kaki di butiran pasir putih yang lembut ini
Rinduku terbalas,melihat ciptaan Allah
Sungguh cantik dan mendamaikan

Melewati usiaku menghampiri 23 tahunn
Mengenang semula dosa dan noda yang dilakukan
Sekiranya hendak dikira jasa pada agama,seperti terlalu banyak dosa lagi yang dilakukan
Mungkin aku boleh bersyukur dikurniakan oleh Allah untuk berada di jalan dakwah ini
Bersyukur dikurniakan oleh Allah sahabat yang menyanyangiku
Bersyukur pelbagai mehnah dan dugaan yang diberikan untuk lebih kuat
Dunia ini bukan untuk orang yang lemah.
Ibrah Sirah Nabi Yusuf membuatkanku untuk lebih berjuang hidup

Semenjak dua menjak ini
Aku merasakan seperti bukan diriku sendiri
Diriku banyak leka dengan dunia
Kerja dan jawatan yang terlalu banyak membuatkanku hilang fokus
Semakin lama aku merasakan matlamatku semakin kabur
Sebagai seorang hamba,daei,khalifah dan seorang anak
Aku banyak menghabiskan masa dengan benda yang tak pasti

Aku tekad sudah masanya aku berehat dari pandangan manusia sebentar
Mencari kembali kekuatan yang semakin hilang
Mencari semula arah yang semakin kelam
Merancang semula untuk diri menjadi cemerlang
Kerana aku juga insan biasa yang perlu berehat apabila letih
Insan yang lemah yang perlu masa untuk bertaubat
Insan yang daif yang perlu masa untuk menginsafi

Berehat tidak bermaksud untuk berhenti
Tetapi berehat hanya perlahankan pergerakkan dan diberi masa untuk mengubati
Berehat tidak bermaksud tidur
Tetapi merancang supaya menjadi perkara itu pasti
Berehat tidak bermaksud tidak berkomunikasi
Tetapi memberi masa mencari cinta yang hakiki

Aku ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah
Kecintaan pada Allah yang sangat mendalam
Aku juga ingin menjadi Saiditina Aisyah
Kecintaan pada ilmu menjadi faqih sebagai rujukan
Aku juga ingin menjadi seperti Siti Khadijah
Hebat dalam berniaga dalam manjana ekonomi ummah
Tetapi aku juga tidak boleh lari menjadi seperti Zulaikha
Menginginkan Nabi Yusuf yang sempurna
tapi biarla masa yang menentukkan
kerna janji Allah itu pasti
Kesabaran itu perlu tinggi

Apa yang ku cari???
Aku mencari sebuah kesabaran
Aku mencari sebuah kelembutan
Aku mencari sebuah kebijaksanaan
Aku mencari sebuah kecintaan
iaitu cinta agung Allahu Rabbi




Monday, March 21, 2011

Fitnah Berleluasa..tanda akhir zaman

Fenomena Hebah dan Fitnah: Mudahnya ke Neraka Dengan Media Baru

Di dalam khutbah wuquf di Arafah yang saya dengar secara langsung dari Masjid Nimrah tengahari tadi, antara perkara yang ditekankan oleh khatib ialah bahaya menggunakan media baru untuk menyebarkan berita yang masih belum pasti kebenarannya ke pengetahuan umum. Khatib menyebut bahawa antara media yang kerap digunakan ialah internet.


Penyebaran sesuatu berita tanpa menyelidik terlebih dahulu kebenaran perkara tersebut adalah satu fenomena yang semakin menjadi-jadi pada masa ini. Akan tetapi, ianya bukan suatu perkara baru. Semasa zaman Rasulullah dan para sahabat, fenomena ini biasanya dijuarai oleh munafiqin di Madinah pimpinan Abdullah bin Ubai bin Salul. Sekiranya membaca keseluruhan tafsir surah al-Taubah, kita akan dapat potret gambaran yang jelas kerja-kerja kumpulan munafiqin dalam merosakkan imej Rasulullah dengan menyebarkan berita yang belum disahkan kebenarannya.

Zaman sekarang, penyebaran maklumat seupama ini berlaku pantas dengan berkembangnya pelbagai aplikasi internet seperti website, weblog dan Facebook serta laman interaksi sosial yang lain.

Zaman dahulu, penyebaran itu berlaku secara lisan. Proses sebegini biasanya lambat, akan tetapi dipercepatkan dengan hawa nafsu manusia yang suka melapor dan mendengar berita sensasi, apatah lagi yang membabitkan aib orang lain.

Kalau tidak percaya, bagi mereka yang mempunyai blog, cuba masukkan entri dengan tajuk yang panas seperti wanita melayu berbogel, sejadah sujud, ulamak rasuah atau ahli parlimen berkhalwat, nescaya blog anda akan panas dengan hit yang tinggi.

Ada sesetengah manusia suka menyebarkan berita dengan segera kerana sengaja ingin memburukkan imej orang lain. Lantas, terjebaklah mereka dengan pelbagai jenis dosa seperti mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan seumpamanya. Tidak kurang juga, untuk menambahkan lagi rencah dan perisa, maka ditokok tambah berita yang sedia ada, lalu berlakulah pembohongan.

Ada yang membuat kerja sebegini kerana mereka merasakan perbuatan itu amatlah makruf. Rasa terhormat dan mulia dengan tindakan mereka itu, lalu diprojekkan diri mereka dengan imej yang baik dan intelek, dengan menyatakan contohnya Saidina Umar yang ditegur dengan wanita dengan amaran pedangnya secara terbuka. Di dalam Islam, kita dilarang menyapu ‘habuk di bawah karpet’. Di dalam Islam, perlu ada check and balance. Di dalam Islam, perlu ada amar makruf dan nahi munkar. Maka, absahlah kerja-kerja mereka.

Walau apa pun juga pegangan kita di dalam fenomena hebah-hebah ini, satu perkara yang dipersetujui oleh semua, akan tetapi bukan semua menginsafinya, iaitulah apa jua yang kita ucapkan dan kita tulis, akan dicatat oleh Allah SWT sebagai bahan bukti mahkamah akhirat kelak. Firman Allah dalam surah Qaf ayat 18:

مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (merekodnya).

Al-Quran sebenarnya telah menyentuh akan fenomena ini. Berfirman Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 83:

وَإِذَا جَآءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ ٱلأَمْنِ أَوِ ٱلْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُوْلِي ٱلأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ ٱلشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيل

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)

Di dalam semua kitab tafsir muktabar, diperjelaskan bahawa ayat ini menceritakan akan perihal manusia ketika mendengar berita yang menyenangkan atau kurang menyenangkan. Dalam konteks ketika penurunan wahyu ini, perkara yang menyenangkan (الامن) itu diterangkan sebagai berita kemenangan tentera Muhammad, sementara berita yang tidak menyenangkan (الخوف) itu merujuk kepada berita kekalahan umat Islam. Ketika tibanya khabar angin seumpama itu, maka orang munafiq hakiki, dan juga mukmin yang terpalit dengan sifat al-nifaq akan bersegera untuk menghebahkannya kepada orang lain tanpa langsung ada sikap untuk memeriksa kebenarannya. Tujuannya, pelbagai. Diterangkan dalam kitab tafsir, sebahagiannya bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia hebat kerana sering mendapat berita dan maklumat terkini lagi sensasi. Selain itu, ada juga yang menghebahkannya untuk tujuan memburukkan imej Rasulullah, contohnya semasa peristiwa khabar ifki. Ada yang bertujuan untuk melemahkan psikologi umat Islam yang lain. Ada yang bertujuan untuk mempermainkan emosi Rasulullah. Dan tidak kurang juga yang melakukannya sebagai perang saraf untuk melemahkan semangat umat Islam ketika itu.

Watak yang memainkan kisah itu semasa zaman Rasulullah dan juga para sahabat adalah ramai. Yang termasyhur ialah Abdullah bin Ubai bin Salul. Walaupun dalam satu riwayat disebut bahawa jenazah beliau disembahyangi dan dikafankan dengan jubah Rasulullah (kerana politik pintar nabi dan juga rasa hormat kepada permintaan anak beliau yang Muslim) sehingga membangkitkan bantahan Umar, akan tetapi Rasulullah berkata yang jubah baginda tidak dapat menghalang perbuatan Abdullah bin Ubai yang ketika hidupnya suka menjadi tukang hebah dan wartawan sensasi, daripada dibaham api neraka. Di dalam ayat di atas, kumpulan ini disifatkan sebagai mereka yang mengikut jejak langkah syaitan.

Itu kumpulan pertama, yang apabila dapat berita atau khabar angin, terus menghebahkannya kepada massa. Akan tetapi, di sana ada kumpulan kedua, yang mana ketika didatangi dengan maklumat sama ada yang sejuk atau yang panas, maka sikap mereka ialah merujuk kepada Allah, Rasul, dan juga orang-orang yang berautoriti di kalangan mereka. Ulil amri saya terjemahkan sebagai orang yang berautoriti, supaya kita tidak sempit memahaminya sebagai semata-mata pemimpin negara sahaja. Ia boleh jadi sebagai naqib, pengerusi persatuan, bapa, cikgu dan seumpamanya, bergantung kepada siapa kita dan bentuk berita dan maklumat yang sampai. Ini kerana orang-oang yang berautoritilah mampu untuk memberikan pengesahan dan penjelasan sebenar terhadap maklumat tersebut.

Akan tetapi, Allah memberitahu kita bahawa kumpulan kedua ini hanyalah sedikit sahaja. Mereka ini ialah golongan minoriti di dalam masyarakat. Justeru, golongan minoriti seumpama ini biasanya sukar untuk memperbetulkan yang salah dan meluruskan yang bengkok.

Menjadi mangsa fitnah atau berita mengenai diri dihebah tanpa kebenaran di media baru, adalah satu perkara yang perju dijangka oleh para pendakwah. Pun demikian, sehebat mana sekalipun pendakwah itu, perasaan kecil di dalam hatinya akan tersentuh juga apabila berhadapan dengan fitnah seumpama ini. Apatah lagi sekiranya fitnah itu datang daripada orang-orang yang hampir dengannya, seperti sahabat karib, pembantu peribadi dan juga rakan setugas.

Sama seperti semua orang, saya juga pernah mengharungi fitnah seumpama ini. Memang sedih juga sekiranya fitnah ini datang daripada orang-orang yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang gaya percakapan kita disalahertikan lantara perbezaan budaya bahkan dialek, lalu dihebahkanlah ‘kebiadaban’ kita. Lantas disimpanlah perasaan benci yang membuak-buak selama bertahun-tahun tak berkesudahan. Pantang nampak , habis dibelasahnya. Pantang bersuara, walaupun menerusi institusi musyawarah, habis dibantahnya dengan fitnah yang ditokok-tambah. Nak nampak baik, maka dihiasilah dengan al-Quran dan al-Hadith. Lalu ditaburlah onar serta duri dalam perjalanan dan pergerakan kita. Memang jijik juga kadang-kadang, apatah lagi saya pernah mendengar rakaman langsung sesetengah sahabat karib yang melakukan pembohongan terang-terangan ke atas diri saya untuk kepentingan serta kepuasan dirinya.

Sekiranya kita berhadapan dengan fitnah seumpama ini, jalan terbaik yang perlu kita ambil ialah bersabar sahaja. Walaupun kadang-kadang sampai tahap dituduh sebagai munafiq, atau ada ciri-ciri orang munafiq, biarlah si tukang fitnah ini memuaskan hati dan melepaskan geramnya. Dalam bersabar, perlu rasa simpati dengan mereka kerana begitu mudah mendapat dosa. Kita akan jadi mulia sekiranya kita terus memberikan kemaafan kepada mereka, dan walaupun tanpa sebab, kita memohon ampun kepada mereka. Dalam kehidupan berdakwah, kita perlu kenal siapa musuh kita. Perlu menghalusi apa kerja kita. Bukanlah rakan-rakan sekeliling kita itu perlu dijadikan musuh. Dan bukanlah membalas kesilapan kawan dengan kejahatan yang lain itu merupakan kerja kita. Musuh kita ramai di luar sana, dan kerja kita juga amat banyak belum terlaksana.

Tukang penyebar fitnah seumpama ini, sekiranya mereka betul-betul musuh dan munafiq hakiki, maka itu adalah kerja mereka. Berhadapan dengan mereka perlu meniru politik pintar nabi ketika berhadapan dengan munafiq di Madinah. Tetapi sekiranya ia datang daripada orang dalam dan orang sekeliling yang terdiri daripada orang-orang Mukmin, maka mereka perlu insaf dan sedar. Dalam perbahasa mengenain beriman kepada Rasul, bukankah kita sepatutnya beri’tiqad bahawa hanya Rasulullah sahaja insan yang ma’sum dan sempurna? Ini bermakna yang manusia lain, walaupun bertaraf presiden, perdana menteri, ustaz atau tuan guru, tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Apabila rakan muslimnya melakukan kesilapan, maka kita perlu bersedia untuk menerimanya dan memaafkannya. Itu tanda iman. Kalau betul-betul salah dan munkar, maka tegurlah dengan cara yang sepatutnya, berhadapan atau melalui orang-orang yang berautoriti seperti dalam firman Allah dan sabda Nabi. Sekiranya kita terus marah, lalu menghebahkannya kepada massa, itu merupakan tanda yang iman kita terhadap ketidakma’suman orang lain selain Rasulullah, sedikit bermasalah, lantaran kita menonjolkan sendiri sikap kita untuk tidak menerima kesilapan manusia biasa.

Bagi yang diuji dengan fenomena hebah dan fitnah ini, antara cara yang turut dicadangkan oleh nabi Muhammad SAW ialah duduk diam sahaja. Ini berdasarkan sepotong hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim seperti berikut:

انها ستكون فتنة القاعد فيها خير من القائم و القائم خير من الماشي و الماشي خير من الساعي

Sesungguhnya akan terjadi fitnah, orang yang duduk (diam) adalah lebih baik daripada yang berdiri. Orang yang berdiri adalah lebih baik daripada orang yang berjalan. Dan orang yang berjalan adalah lebih baik daripada orang yang berlari.

Ketika berlakunya gejala fitnah, khususnya selepas pembunuhan Saidina Uthman, ramai para sahabat yang mengambil sikap berdiam diri sahaja tanpa menyebelahi mana-mana pihak bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala fitnah. Ini termasulah Zubair bin al-Awwam serta Abdullah bin Khabab. Ini merupakan tindakan yang betul. Dalam masa yang sama, ada juga yang terpaksa mengharungi dan berhadapan dengan fitnah tersebut, seperti yang dilakukan oleh Saidina al-Hasan. Tindakan beliau bukannya salah, kerana beliau tidak membalas fitnah dengan fitnah, akan tetapi dengan hikmah, walaupun akhirnya diri beliau yang terpaksa menjadi korban.

Sekiranya kita menjadi mangsa fitnah, lalu kita membalas dendam dengan melakukan fitnah yang serupa, percayalah bahawa tindakan itu adalah satu kesilapan besar dan tidak langsung menyelesaikan masalah. Kita mungkin puas memfitnah orang lain dalam ucapan dan tulisan kita dalam blog sebagai contohnya, akan tetapi tulisan itu akan terus kekal diingati sama seperti kekal degilnya sikap kita yang enggan memaaf dan melupakan kesalahan orang lain. Sedangkan dalam ilmu tazkiyatunnafsi, para ulamak salaf sering menyatakan bahawa terdapat dua perkara yang perlu kita lupakan untuk menyucikan hati kita, iaitu kebaikan yang kita buat untuk orang lain dan juga kesilapan orang lain terhadap kita. Kalau kerap diulang dan ditulis, maka sampai bila-bila kesilapan orang lain itu akan diingati, maka sentiasa ‘berjagalah’ fitnah itu.

KESIMPULAN

Gejala cepat menghebahkan berita ini adalah suatu fenomena yang akan berterusan sehinggalah qiamat kelak. Berdasarkan pemerhatian, gejala ini berlaku antara lain kerana:


a. Sikap manusia yang gelojoh dalam menghebahkan maklumat.
b. Sikap manusia yang ingin menunjukkan dirinya hebat mempunya maklumat terpantas, cepat tahu dan cepat menganalisa.
c. Sifat manusia yang tamak ingin mendapatkan pengaruh dan keuntungan.
d. Sifat manusia yang sentiasa berbalah, lalu dihebahkanlah berita pihak lain untuk melemahkannya, dan dalam masa yang sama ingin menunjukkan kekuatan dirinya.
e. Sifat manusia yang tidak rasa bertuhan, tidak merasakan dirinya sentiasa diperhatikan Allah, serta tidak takut bahawa apa sahaja yang tertulis dan diucapkan, akan dibalas kelak di hari akhirat.

Sedang kita mengiktiraf terdapat beberapa jenis kemungkaran yang sekiranya nyata dan jelas kesalahannya, yang ada keperluan menghebahkannya untuk mencegahnya berulang kembali, akan tetapi perlu diingati yang bahawa berita yang masih samar atau sekadar didengari daripada pihak ketiga, perlulah diperiksa kesahihannya dan dinilai sama ada perlu dihebahkan atau sebaliknya.

Sekiranya tangan masih menggatal ingin menulis fitnah, serta lidah masih menebal untuk bercakap, apa kata kita didik tangan dan lidah kita supaya takutkan Allah. Berkatalah perkara yang baik dan pasti sahaja kebenarannya. Yang selamat, ialah berdiam sahaja. Sabda nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا او ليصمت

Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkata baiklah kamu atau diam sahaja.

Aduhai, alangkah mudahnya ke neraka dengan menggunakan media baru untuk hebah dan fitnah. Sekali terucap dan tertulis, ribuan membacanya, maka berantai-rantailah dosanya. Tunggu sahajalah berapa ramai yang akan menuntut saman malunya di mahkamah akhirat kelak.

Petikan : http://abidfana.com/2009/11/27/mudahnya-ke-neraka-dengan-media-baru/#more-659

Friday, December 3, 2010

Aku Anak Kampung

Masuk hari ni sudah hari ke-14 hujan tidak turun-turun, peluh mengalir laju di pipi Hassan,diambilnya tuala "Good Morning" disapu peluh yang tidak berhenti-henti mengalir. Sambil menanti isteri tercinta membawa bekalan makan tengahari, hatinya berzikir bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan padanya. Hassan bukan tiada kelulusan akademik yang tinggi, tetapi cintanya pada tanah menyebabkan dia mengorbankan tawaran berkerja sebagai pegawai besar di syarikat pertanian. Mahasiswa dengan kepujian kelas pertama dalam jurusan sains pertanian melayakkan dia untuk bekerja di mana-mana syarikat besar yang menjanjikan gaji yang lumayan,bukan setakat kelayakkan akademik tetapi semasa pengajiannya di universiti dia memegang jawatan tertinggi di dalam persatuan islam.Bagi Hassan,akademik juga salah satu dakwah yang penting untuk menjadi contoh tauladan terbaik pada mad'u.

"Abang oh Abang" panggil Lina,perempuaan yang dikenalinya 4 tahun yang lalu. Lina juga gadis kampung yang mempunyai segulung ijazah, teringat detik-detik pengenalannya dengan Lina,gadis yang pemalu tetapi tegas dalam berkata-kata. Keperibadiannya menambat hati Hassan seterusnya mengambil masa hanya 2 minggu bertunang kerana takut fitnah dan dugaan sekiranya diikat terlalu lama."Maaf bang,terpaksa menunggu Lina,mesti perut abang menyanyi-nyayi lagu zapin"lawak selamba Lina membuatkan lesung pipi Hassan kelihatan,selain pandai memasak Lina pandai membuatkan hatinya senang benarlah kata seorang ustaz "isteri solehah itu ibarat syurga dunia".

"Abang tahukan minyak petrol naik lagi semalam?" tanya Lina sambil tangannya mencedok nasi yang panas ke pinggan Harun." Tahu sangat,kita ni Ina, walau duduk di kampung kena cakna perkembangan luar sana,bukannya jadi seperti katak di bawah tempurung,orang islam kena ambik tahu pasal orang islam yang lain"tegas Hassan menerangkan kepentingan isu semasa. "Betul apa yang abang cakap tu,sedih bila saya dengar berita,masa tu Lina join muslimat PAS usrah sebelum hari mengundi PRU,mak cik tu cerita,dia pernah pegi pasar lihat ada sorang mak cik tua ni membelek-belek ikan,sambil tu dia tanya berapa satu ekor ikan tu,bila dia tahu harga ikan tu mahal,terus dia berhenti belek berjalan ke arah lain..,bila Lina dengar cerita mak cik tu,sebak rasanya.Kasihan rakyat marhaen,nak makan sesuap nasi pun susah sekarang.Bersyukurla kita dengan rezeki yang Allah berikan"

"Setuju dengan apa Lina cakapkan, abang melihat lebih jauh kesannya harga minyak dan barang naik, cuba Lina bayangkan taraf hidup sekarang semakin hari semakin meningkat, suami dan isteri terpaksa mencari duit,anak-anak dibiarkan di rumah,itula banyaknya masalah sosial berlaku,anak-anak kurang perihatian dan didikan dari ibu dan ayah,implikasinya besar pada negara sekiranya generasi muda musnah dengan masalah-masalah begini"keluh Hassan panjang memikirkan masalah negara walaupun dia hanyalah seorang petani.

"Didikan agama pada anak-anak penting,membentuk ustaz/ah,doktor,peguam dan penjenayah itu bermula dari rumah. Anak-anak pada awal paginya dihantar ke nursery,bila senja tiba anak diambil pulang ke rumah,sampai je ke rumah,rasa penat melebihi dari tanggungjawab mendidik,begitula sehingga anak dewasa...anak-anak kurang prihatian dan kasih sayang. Dibiarkan anak-anak dididik oleh orang sekeliling,tidak tahu buruk atau baik"bersungguh Hassan menerangkan peranan ibu khususnya dalam mendidik anak.Dia banyak mendapat ilmu rumah tangga dari blog pilihannya blog,zaharuddin.net,saifulislam dan banyak lagi. Lina mengangguk faham,suka dia mendengar tazkirah pendek suaminya.Hassan sangat terkenal sebagai ustaz pilihan jemputan di surau-surau kolej kediaman di universiti dulu, Lina suka sangat mendengarnya.

"Besar kesannya kalau minyak naik,kerajaan kita ni bukannya terlalu miskin sehingga menaikkan harga minyak. Sekiranya pemimpinnya tidak mengamalkan korupsi dan memperbanyakkan sedekah,insyaAllah tiada rakyat yang miskin kat Malaysia ini. Sebagai contoh ada sebuah negara ni,abang tak ingat apa namanya,boleh membahagikan pendapatan negara dengan baik sekali,sesiapa yang mahu menyambung pelajaran dapat biasiswa free,sewa rumah yang murah dan bil air yang perlu bayar sedikit sahaja. Malaysia sangat berbeza,lebih banyak membazir daripada menderma"tekaknya yang haus sebelum ini,tidak terasa apabila berbicara mengenai perkara kebenaran.

"Abang ni,kalau bersyarah sampai tak nampak nasi kat depan mata...perli Lina lembut pada suaminya,"abang minum air sirap selasih yang Lina buat,mesti hilang dahaga abang".Tersenyum simpul Hassan mendengar perliaan isterinya." Baiklah jom makan,nanti sejuk pula nasi dan lauk yang isteri abang masak ni". Berselera sungguh Hassan makan. " Lina malam ini abang ada mesyuarat pemuda kat markas,Lina jaga diri elok-elok,jangan lupa baca surah Al-Luqman dan buku yang abang belikan haritu buku Kisah Zainab Al-Ghazzali",nanti abang nak dengar"pesan Hassan pada isterinya

Sambil makan Hassan dan Lina merenung ke sawah padi menunggu kuning. Beras yang mereka usahakan selalu menjadi permintaan ramai pada pembekal kerana berkualti dan sedap. Itula rezeki dari Allah,asalkan kita berusaha,bertawakal dan sentiasa ingat pada Allah. Amalan yang sentiasa Hassan dan Lina lakukan solat Dhuha dan surah waqiah.

Sunday, October 31, 2010

Ustazah sanggul tinggi tak elok kan???

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga kesempatan nak menulis dalam blog ni,dah sebulan lebih tak menulis,minta maaf la ye.

Baru-baru ni, k.hanisah naqibahku mengajak pergi ke program motivasi konsultan Aura Imtiyas, konsultan beliau. Macam biasa kalau konsultan ni biasa dikaitkan dengan program-program motivasi, maka jadilah aku fasilitator selama 2 hari satu malam untuk program itu. First time join program motivasi under konsultan k.hanisah. Penasihat konsultan ni ustaz Hasnan pensyarah PPU, aku suka sangat dengan ustaz ni,sebab selalu cerita pasal istimewanya Al-Quran.

Slot pagi : Ada 5 orang fasilitator, aku, afifah, ustaz Mahfuzan, ustaz syihab dan kak hanisah. Kami diperkenalkan kepada para peserta. Hanya 34 orang peserta tingkatan 3 lepasan PMR yang hadir untuk program itu. 8 orang je lelaki,ibarat bahagi 4. Selepas slot memperkenalkan diri, para peserta diminta solat dhuha berjemaah. Seusai solat dhuha, kumpulan diberi kepada 3, 2 kumpulan perempuan, 1 kumpulan lelaki untuk bacaan al-quran. Mula-mula fasilitator dikehendaki check bacaan al-fatihah,sebab al-fatihah kan rukun solat. Alhamdulillah majoriti boleh baca dengan baik. Masuk pulak bacaan As-Sajadah,Al-mulk dan Juz-Amma. Rata-rata bacaan panjang pendek ada lagi yang tak lulus. Aku boleh betulkan bacaan adik-adik ni dengan ilmu yang aku ada jelah. Aku bagi sikit nasihat kat adik-adik ni, buka je mata-mata lepas solat jangan lupa baca al-quran. Kalau boleh setiap hari baca Al-quran, susah nak study buka AQ.

Slot petang : Peserta perempuan dan lelaki diasingkan untuk slot praktikal solat dan penerangan pasal mandi wajib. Mula-mula mestilah kena tahu rukun solat sebelum nak solat. Ada yang hafaz...bila check bacaan tahiyat,ada lagi tak hafaz, qunut apa tah lagi.Adik-adik ni form 3 dah, tapi masih ada yang hafaz.Kesian sangat aku tengok, adik-adik ni tak solat ke??? rata-rata aku tanya semua tak lengkap solat, alasan malas, ngantuk macam-macam la. Sedih memang sedih, ibu ayah mereka tak tekankan ke bab solat ni kat rumah?..Sebelum abis slot, aku bagi tazkirah sikit kat adik-adik ni, ciri-ciri orang berjaya adalah menjaga solat samada rohani atau jasmani (kusyuk dan lengkap 5 solatnya). Kita ambik pengajaran surah Al-mukminin 1-10. Ada sesi soal jawab : "Ustazah, sanggul tinggi tu tak elok kan?",aku pon bagi la hadis ni

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kpd maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu boleh dicium dari jarak demikian dan demikian"

(Riwayat Muslim)

Selain itu, aku bagi nasihat kat adik-adik ini pasal aurat yang sempurna. Alhamdulillah nampaknya mereka faham. Tapi bila malam menjelma....peserta perempuan pakai baju kurung dan tudung biasa yang majoritinya sanggul ditinggikan. Aku rasa baru je bagitau hadis bonggol unta petang tu. Itu belum lagi yang tudung disingkatkan dan stokin yang tidak dipakai.Istighfar panjang dibuatnya.

Semua tahu hukum tapi belum tentu di ikut hukum yang mereka tahu.
Aku nak salahkan adik-adik ni pun tak boleh juga, mungkin ibu bapa diorang tak terapkan sifat ihsan dalam hati anak-anak. Ihsan ini apa maksudnya? kalau ikut hadis nabi Hadith Nawawi yang kedua dalam link ihsan. Besar pengertian islam, iman dan ihsan dalam hadis ini. Ihsan ialah menganggap apabila beribadah seakan-akan kita melihat Allah, jika kita tidak melihat Allah maka Allah melihat kita.Penerapan ihsan di dalam diri perlu dididik dengan iman. Mana datangnya iman sekiranya kita hanyut dengan kelalaian. Tanamkan rasa bertuhan di dalam diri. Manusia umat ini, tidak merasa perlukan tuhan di dalam diri, hanya menganggap agama itu hanya sebagai tradisi dan turun temurun dari nenek moyang, itu la tak pelik kalau tak di salam pak cik saudara yang bukan muhrim dimarah oleh mak cik, katanya tak sopan, tapi lupa hukum Allah.

Bagaimana mendidik rasa ihsan dalam diri?
Penekanan penjagaan hati sangat penting di dalam islam. Bagaimana nak rasa takut pada Allah sekiranya hatinya kotor dan berasa lebih hebat dari tuhan. Teringat pengisian hati ustaz hasnan kepada para peserta. Ada 5 peringkat dosa, 1 ) berasa bersalah dengan dosa dengan kita lakukan, masih ada iman di dalam diri. 2) Lali dengan dosa yang kita lakukan(rasa dah biasa tak menutup aurat), 3 ) Seronok melakukan dosa (bangga dengan fesyen yang ditayangkan), 4) Pertahankan dosa yang dilakukan(sehingga sanggup memperlekehkan golongan ustaz/ah yang memberi nasihat) dan yang kelima murtad( na'uzubillah). Rawat la hati dengan membaca al-quran, isilah masa dengan ilmu-ilmu dunia dan akhirat, berdampingla dengan orang yang bertakwa dan kena istiqamah dalam merubah diri untuk menjadi lebih baik.

Umat akhir zaman.
Aku pernah sekolah di sekolah elit, pernah sekolah di sekolah biasa. Aku memahami masalah mereka. Tanggungjawab kita sebagai daei yang memahami islam sangat berat pada zaman yang penuh fitnah ini. Para daei tiada masa lagi memikirkan masalah remeh, tetapi kena mencari dan bersama mengubah masyarakat untuk memahami islam yang sebenar. Turun pada masyarakat, mereka sangat dahagakan ilmu dan penerangan mengenai indahnya islam. Berfacebook tidak salah, tetapi jangan menjadikan facebook itu menyebabkan para daei lalai dan leka sehingga lupa peranan sebenar kita sebagai daei. Ayuh para daei bersama mengubah masyarakat kerana kita sayangkan mereka kerana Allah. Umat akhir zaman seperti biasa dengan maksiat, pembunuhan, aurat tidak ditutup, berkhalwat dan bercakap benda yang tidak mendatangkan hasil pada ummah.

Panjang sangat rasanya entry kali ni...setakat ini je kot...slogan aku

"Anda Bijak Jauhi Zina"




Monday, September 13, 2010

Tepen oh Tepen

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hasratku tercapai juga pergi ke negeri kelahiranku di Perak tahun ni, walaupun aku lahir kat Kuala Kangsar,tapi tetap bersyukur. 2 Syawal 1431 bermula pengembaraan seorang diri ke Taiping. Aku pergi Taping naik keretaapi KTMB selama 4 jam lebih dari 3.30petang-8.15 malam. Sampai je aku kat stesen Taiping, aku kena menunggu sahabat kak Rabunah untuk ambik pergi ke rumahnya,Selinsing. Jauh jugak la dari rumah dia, dalam 20 minit menaiki motor..memang adventure. Demi sahabat, Kak Rabunah sanggup aku dari jauh..terharu

Esoknya, 3 Syawal 1431
Aku dengan Kak Rabunah bersiap-siap pergi rumah sahabat kami Kak Fatimah yang berkahwin, tapi sebelum tu,sempat kami beli hadiah special punya untuk dia (hasil kumpul duit ramai-ramai sahabat UKM). Serba sederhana majlis Kak Fatimah, hanya dijemput saudara-saudara terdekat dengan kawan-kawan kenalan, meriah juga la. Kalau diikutkan raya, sape je yang nak datang dari jauh-jauh semata-mata pergi ke rumah orang kahwin..tapi aku sanggupkan juga,sorang-sorang demi memenuhi undangan seorang sahabat aku..dulu kak fatimah pernah jadi rumate, housemate aku kat UKM, jadi macam rapat jugak la.Teringat hadis nabi pasal undangan perkahwinan dalam Riwayat Bukhari dan Muslim

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya"

Hukumnya fardhu ain. Kalau mak aku la kan, bila dapat undangan perkawinan, kalau mak tak boleh pergi,dia mesti mintak sesiapa yang boleh wakilkan keluarga untuk hadiri majlis tu
betapa pentingnya memenuhi jemputan orang demi menjaga tali persaudaraan. Bahagia je aku tengok diorang, bila la time aku..huhu.Semoga kak Fatimah dan pasangan bahagia di dunia dan akhirat..ameen. Selepas itu, aku meneruskan perjalanan mencari laksa Perak,apa beza laksa Perak dengan laksa negeri lain. Laksa Perak ni kuahnya cair sikit, mee laksa dibuat dari tepung beras(cepat kenyanng). Sebu perut menghirup kuah laksa...petang2 tu sempat juga menikmati kecantikan alam,sawah padi kat kawasan banyak sangat...rumah Kak Rabunah sangat kampung, sebab masih ada titi kayu, bendang jalan yang sempit dan bilik air guna lilin (huhu sebab tak pasang current lagi). Malam tu kami pergi beraya rumah adik junior kat Kg Gajah,jauh woo dari Tepen..2 jam lebih,Perak ni sangat jauh antara daerah,2 jam bru sampai daerah lain, sampai je rumah dia dalam jam 12 lebih, dihidangnye nasi, pergh kenyang bangat.

3 Syawal
Kami bertolak balik ke rumah Kak RAbunah semula, seblum balik sempat juga merasa ketam masak kunyit, oleh kerana ketam itu keras, ibu jariku luka dibuatnya. Tiket bas pukul 11.30 pagi, pukul 11 bertolak dari rumah dengan dibekalkan jagung dari kebun Kak Rabunah. Sedih juga terpaksa meninggalkan Kak Rabunah, bila la dapat jumpa lagi sahabat macam ni baik. Setakat ni semua rumah sahabat-sahabat yang aku pergi,semua rumah kampung dan duduk kampung. Best la dapat mengembara mengenali keluarga sahabat. Sori la tak dapat nak letak gambar, lupa bawak kamera..ni pun gmbar dalam internet..huhu




Jauh Perjalanan, Luas Pengetahun, Kita Berukhwah kerana Satu Aqidah